Welcome to My Home

Sembang...Jgn x Sembang...Fuhhhh

Information




Latar Belakang


Kad pengenalan telah dikeluarkan di Malaysia semenjak lebih lima puluh tahun dahulu. Tujuan utama pengeluaran kad pengenalan pada ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis. Penggunaan kad pengenalan telah berjaya menghapuskan kesukaran mengenalpasti kumpulan komunis yang mengganas ketika itu. Sistem tersebut diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas dan ia berjaya menangani pergerakan komunis kerana kebebasan bergerak hanya terhad kepada pemegang kad pengenalan pada waktu itu.

Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.

Kumpulan digit pertama (TTBBHH) = Tarikh Lahir Pemilik KP.
Kumpulan kedua (NN) = Kod Negeri Lahir iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 
                                    14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan 
                                    kod 71 jika lahir di Luar Malaysia. 
                                    Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 
                                    manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99.
                                    Namun begitu apabila seseorang polis atau tentera
                                    menamakan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan
                                    mereka akan ditukar kepada kod nombor asal 
                                    tempat kelahiran mereka.
Kumpulan nombor terakhir (###J) = Nombor siri yang dijana secara rawak
                                                    oleh sistem komputer Jabatan Pendafaran Malaysia.


Pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan
Nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah
di sesuaikan mengikut jantina pemegang.
* Pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir
   berangka genap = jantina pemegang adalah wanita.
* Pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir
   berangka ganjil = jantina pemegang adalah lelaki.


Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.



Kod-kod Negeri Tempat Kelahiran

Johor = 01,21,22,23,24
Kedah = 02, 25, 26, 27
Kelantan = 03, 28, 29
Melaka = 04, 30
Negeri Sembilan = 05, 31
Pahang = 06, 32, 33
Pulau Pinang = 07, 34, 35
Perak = 08, 36, 37, 38, 39
Perlis = 09, 40
Selangor = 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu = 11, 45, 46
Sabah = 12, 47, 48, 49
Sarawak = 13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (KL) = 14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan) = 15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) = 16
Negeri Tidak Diketahui = 82

No comments:

Post a Comment