Welcome to My Home

Sembang...Jgn x Sembang...Fuhhhh

Khasiat Buah-Buahan



  • Anggur/Kismis
Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antioksidan, antiradang, antipenuaan, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.


  • Delima
Merupakan salah satu dari buah-buhan yang terdapat di syurga. Ia banyak faedahnya, kulitnya di keringkan serta dijadikan serbuk yang halus, digunakan sebelum memakan apa-apa makanan baik untuk melegakan luka di dalam perut, menghentikan cirit birit, menguatkan gusi apabila digunakan sebagai ubat gigi, boleh membersihkan luka apabila ditabur keatasnya. Manakala bijinya menghalang kesukaran penghadaman.


  • Epal
Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan anti oksidan.


  • Kiwi
Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular ( menurunkan kolesterol dan trigliserida ), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak ( pendek nafas, berdehit dan batuk malam ), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.


  • Limau
Buah limau ini baik untuk penyakit-penyakit sejuk dan kaya dengan vitamin D. Ia boleh menolong pembentukan kalsium di dalam tulang kita dan boleh mengelakkan dari terkena penyakit “Askarbut”. 

Jus limau pula sangat elok untuk pembersihan dalaman iaitu menolong melancarkan air kencing dan membuang racun di saluran kencing dan meredakan kesakitan sewaktu membuang air kecil. Jus limau juga boleh menghilangkan dahaga, membuang kahak dan merendahkan suhu panas dalam badan.


  • Limau Nipis
Limau nipis yang dimasak sehingga mendidih sesuai untuk melegakan batuk atau diminum dua biji jus limau nipis bersama setengah cawan air bagi penawar penyakit cirit-birit. 

Ia juga baik untuk penyakit tekak dan daging kiri dan kanan tekak dengan cara berkumur di tekak. Juga berguna untuk mengurangkan kandungan lemak dalam badan dengan cara merendamkannya bersama jintan kemudian dimasak beberapa jam. Elok diminum sebelum memakan apa-apa makanan diwaktu pagi.


  • Mangga
Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, membantu membaiki kesihatan seksual, menjaga kesihatan kulit,  berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.


  • Oren
Antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah. Menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. 


  • Pear
Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular,  menjaga kesihatan jantung, membaiki tisu, menyembuhkan luka dan lebam, antiradang, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.


  • Pisang
Anti kemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga sembelit.


  • Pisang Kaki
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.


  • Zaitun
Zaitun banyak manfaatnya iaitu baik untuk sakit buah pinggang dan hati. Daunnya boleh menguatkan gusi dan sakit tekak, minyaknya pula elok untuk rambut gugur. Apabila di minum bersama secawan air suam di waktu pagi sebelum memakan apa-apa makanan, merupakan penawar bagi sakit hempedu dan kurang darah (enimia).

No comments:

Post a Comment